Amaran keras dan biadap ini dikeluarkan oleh Francis Siah, ketua Movement of Change Sarawak (MOCS) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. Ooops! Sebelum kita panik tak tentu pasal baik kita tanya dulu siapa Francis Siah yang cuba menentang kehendak majoriti rakyat Sarawak. Dia bekas wartawan The Sarawak Tribune. Kemudian bertanding dalam PRDUN pada 1987 dan kalah teruk. Setelah lama menghilang tiba-tiba muncul menjelang PRDUN lalu dengan pertubuhan MOCS. Mengapa?Jika anda tidak dikenali, anda tidak diterima oleh DAP, tidak juga diterima oleh PKR, apatah lagi oleh SUPP sedangkan hati anda membuak untuk dikenali dan dihormati ramai, apa yang harus anda lakukan? Begitulah senario yang berlaku dengan Francis Siah. Seekor kucing yang ingin dilihat sebagai harimau. Seekor cicak yang ingin dilihat sebagai buaya. Seekor ikan bilis yang ingin dilihat sebagai yu.
Menjelang pilihan raya lalu, dia bekerja keras untuk menonjolkan namanya. Dia cuba 'mengajar' DAP dan PKR tentang siapa yang harus dicalonkan dan siapa tidak. Seolah-olah hanya calon yang direstuinya sahaja yang mempunyai kualiti dan dijamin akan mendapat sokongan rakyat. Namun pada hakikatnya beberapa orang yang 'direstuinya' semuanya mengalami kekalahan dan tidak diterima rakyat Sarawak.
Bagi Pengerusi Sarawak BN Backbencher, Abdul Karim Hamzah, Francis hanyalah "soldier of fortune" dan "loner" yang cuba melakukan sesuatu yang boleh dianggap mengancam keselamatan negara.
Justeru Karim berkata " Saya menyeru pihak polis agar memantau kenyataan dari MOCS ini kerana ia boleh menggugat kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh majoriti rakyat".
INGAT FRANCIS !! MAJORITI RAKYAT JUGA BOLEH BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK DAN KEHENDAK MEREKA JIKA DIGUGAT.


