Untuk menjawab persoalan dan hepotisis tersebut, maka "without fear or favour' dan prejudis, kami telah membuat survey menggunakan kaedah soal selidik di beberapa kawasan DUN majoriti pengundi Dayak. Dari DUN Ngemah hingga ke Bakelalan. Kajian ini melibatkan 10 peratus responden daripada jumlah keseluruhan pengundi di setiap kawasan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang demografi. Lebih 100 buah rumah panjang dan Tuai Rumah yang terlibat. Segala data dianalisis menggunakan SPSS untuk memastikan ia sistematik dan kredible.
Meski pun saya tidak akan mendedahkan hasil penemuan strategik secara detail, namun saya akan kongsikan beberapa perkara secara umumnya dengan pembaca.
- Majoriti pengundi Dayak masih yakin hanya BN mampu membela nasib mereka dan membawa pembangunan.
- Majoriti pengundi Dayak akan terus menyokong BN dalam PRDUN akan datang.
- Majoriti pengundi Dayak tidak percaya pakatan pembangkang boleh mentadbir lebih baik daripada BN.
- Bagaimana pun majoriti daripada mereka juga mahu BN menukar YB (penyandang) yang dilihat sudah 'burn-out' dengan muka baru untuk mengelak undi protes.
- Majoriti daripada mereka juga tahu tentang dasar-dasar kerajaan yang baik dan berfaedah namun tidak berpuashati dengan sistem penyampaiannya akibat kegagalan beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat bawahan .
- Mereka juga mahu beberapa janji sebelum ini ditunaikan.
- Memang popularitinya meningkat sedikit berbanding ketika pilihan raya sebelum ini namun majoriti pengundi masih mahukan wakil rakyat daripada BN.
- Faktor utama peningkatan populariti Baru Bian hanyalah kerana ketidakpuasan hati mereka kepada YB sekarang.
- Majoriti pengundi menyatakan mereka masih 'sayangkan' BN tetapi TIDAK kepada wakil rakyat sekarang yang dinilai sebagai gagal.
- Majoriti daripada mereka sepakat menamakan seorang individu untuk dijadikan calon BN.
- Majoriti berpendapat Baru Bian akan kalah di Bakelalan.
Kesimpulannya? Dayak masih menyokong BN. Ketua PKR BaruBian akan kalah sekali lagi. TETAPI BN perlu mendengar kehendak majoriti rakyat ketika memilih calon. Bukan ikut hati presiden parti. Bukan kroni.
Jumpa lagi.
| Dalam cuaca hujan begini sama ada naik bot atau menggunakan 4-wheel perjalanan anda akan memakan masa separuh hari untuk ke Long Semado, Bakelalan. |
waduh, hancus kepala PKR dan baru bian kau buat.
ReplyDeletekami kaum dayak bukan bodoh untuk ditipu PKR. Tak semudah itu bro.
ReplyDeleteBrodie.
brodie, baru bian tlah menang...wat say U????pgundi2 yg undi BB jga bkan d kalangan org smanjung. kaum dyak jgak kn?
ReplyDelete