Thursday, May 5, 2011

SIAPA FRANCIS SIAH NAK HURU HARAKAN SARAWAK?

Demontrasi jalanan besar-besaran selama seminggu atau "even longer" seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir akan berlaku di Sarawak JIKA Pehin Sri Taib tidak berundur dari kerusi Ketua Menteri dalam masa tiga bulan dari sekarang.

Amaran keras dan biadap ini dikeluarkan oleh Francis Siah, ketua Movement of Change Sarawak (MOCS) dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. Ooops! Sebelum kita panik tak tentu pasal baik kita tanya dulu siapa Francis Siah yang cuba menentang kehendak majoriti rakyat Sarawak. Dia bekas wartawan The Sarawak Tribune. Kemudian bertanding dalam PRDUN pada 1987 dan kalah teruk.  Setelah lama menghilang tiba-tiba muncul menjelang PRDUN lalu dengan pertubuhan MOCS. Mengapa?

Jika anda tidak dikenali, anda tidak diterima oleh DAP, tidak juga diterima oleh PKR, apatah lagi oleh SUPP sedangkan hati anda membuak untuk dikenali dan dihormati ramai, apa yang harus anda lakukan? Begitulah senario yang berlaku dengan Francis Siah. Seekor kucing yang ingin dilihat sebagai harimau.  Seekor cicak yang ingin dilihat sebagai buaya. Seekor ikan bilis yang ingin dilihat sebagai yu.

Menjelang pilihan raya lalu, dia bekerja keras untuk menonjolkan namanya. Dia cuba 'mengajar' DAP dan PKR tentang siapa yang harus dicalonkan dan siapa tidak. Seolah-olah hanya calon yang direstuinya sahaja yang mempunyai kualiti dan dijamin akan mendapat sokongan rakyat. Namun pada hakikatnya beberapa orang yang 'direstuinya' semuanya mengalami kekalahan dan tidak diterima rakyat Sarawak.

Bagi  Pengerusi Sarawak BN Backbencher, Abdul Karim Hamzah, Francis hanyalah "soldier of fortune" dan "loner" yang cuba melakukan sesuatu yang boleh dianggap mengancam keselamatan negara.

Justeru Karim berkata " Saya menyeru pihak polis agar memantau kenyataan dari MOCS ini kerana ia boleh menggugat kerajaan yang sah yang telah dipilih oleh majoriti rakyat".

INGAT FRANCIS !!  MAJORITI RAKYAT JUGA BOLEH BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK DAN KEHENDAK MEREKA JIKA DIGUGAT.

6 comments:

  1. Bumiputera adalah majoriti, Dalam kerajaan juga Bumiputera adalah majoriti. Kalau semua ahli PBB turun mengadakan demosterasi sebagai tindakbalas apakah itu yang dimahukan FS. Apakah FS mahu mengajak DAP, PKR dan PAS mengikut arahan Lone Ranger seperti FS. Cermin muka kamu FS. Kami ahli PBB sudah bersedia untuk bertindak jikalau diarahkan.

    ReplyDelete
  2. Hati-hati kawan diSarawak....jadikan apa yang terjadi diSemenanjung sebagai teladan....Jangan dibagi ruang pada petualang ni. Kami Bumiputera Semenanjung sentiasa bersama anda .

    ReplyDelete
  3. ORANG POLITIK SEMUA NYA SAMA SAJA.....DENGAR BOLEH DIPAKAI JANGAN......

    ReplyDelete
  4. Interesting. We're also working on blog article on why Sarawak Red Rally should not proceed or made to walk in the shadow of Bersih 2.0. To be published in matter of a day. Here's to tell you we will use some information here in our article. Thanks. Btw, we're The Four Horsemen from Borneo Island.

    ReplyDelete
  5. I Hope you dun mind I repost this on my website

    ReplyDelete
  6. Aisanda says:
    Thursday, December 16, 2010 Reply

    bang, emak bapa dia ni yahudi ke bang? Dari daerah mana? Hebron? Nak kenal aje...


    NOPE YOU WHOLE OFF YPOUR FUCKING FAMILY ARE JEWIS.DAMM YOU BASTARD SO SOIMPLY COMMENT ABOUT PEOPLE. BRING YOUR MOTHER COME HERE LET ME SALE HER AS WHORE.

    ReplyDelete